Saturday, 10 March 2012

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W




KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan!!!. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi  dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada  kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa kamu akan menemui tuhan kamu dan dia pasti akan membuat penghitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’. Olah itu, segala urusan berkaitan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa dalam menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali taqwa dan amal soleh. Ingatlah kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikan kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu. 
         

Friday, 24 February 2012

R[i]NdU

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤
Rindu adalah tali yang tak pernah putus
Merentang di tiang hati, di tiang mimpi
Kadangkala di singgahi burung yang mengelakkan kabut
Pada pagi dingin yang mengaburkan sinar matahari


Rindu adalah tiang yang tak pernah tumbang
Tegak dilorong kehidupan, disepanjang labuh usia
Disitu tergantung lampu kenangan dan ingatan
Biarpun hari semakin tua dan kelam sudah bermula

Rindu adalah lorong yang tak pernah tertutup
Dari musim ke musim ia menjadi laluan
Pengembara yang mencari cintanya yang hilang
Disitu rumput yang telah lama bertukar warna
Bunga dan daun silih berganti segar dan kuncup

Rindu adalah musim yang tak pernah tentram
Resah datang gelisah berulang mengusik nasib
Hanya dzikir dan do’a menjadi penawar mereda pedih dan sakit
Dan sesekali puisi menjadi nyanyian yang mengharukan
Dalam senyap air mata perlahan-lahan menitik
✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤

Tuesday, 21 February 2012

cinta

::c[i]n[t]a::
Sebuah kata, sejuta makna
Cinta adalah harapan
Cinta adalah keindahan
Cinta adalah nilai-nilai yang penuh cita rasa
Dengan cinta, kita bisa memandang dunia
Dengan cinta, kita dapat mencipta harapan dan impian
Dengan cinta, Kita mampu meraih angan-angan
Aku, Kau, Dia, Mereka, Kita semua membutuhkan Cinta
Karena kita pun tercipta dari cinta
Sebab TUHAN pun mencipta dunia ini dengan cinta

(¸.•´♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥`•.,)

(¸.•´♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥`•.,)

♥ Andaikan CINTA tidak di awali huruf "C" pasti takkan ada kata CEMBURU..
♥ Kerana dalam CINTA ada huruf "I", itulah yang membuat cinta jadi INDAH.. 
♥ Disebabkan ade Huruf "N" dalam CINTA lah, buat orang NANGIS..
♥ Hal tersulit adalah melewati huruf "T" dalam kata CINTA merupakan "TENTANGAN" untuk mendapatkan pasangan.. 
♥ "A" adalah kata terakhir dari segalanya dalam CINTA,iaitu ALLAH ♥ 
(¸.•´♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥`•.,)
✿◠‿◠♥

❤I m[i]ss Y[o]U❤

❤I m[i]ss Y[o]U❤



Saya Tak Pernah Tinggalkan Awak
Walaupun Awak Jauh,Saya Dapat Melihat Awak.
Walaupun Awak Jauh,Saya Dapat Merasa Kehadiran Awak
Walaupun Awak Jauh,Saya Dapat Mendengar Awak
Saya Sentiasa Di sisi Awak
Awak Sentiasa Di Sisi Saya,Di Sini........

Monday, 20 February 2012

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤

❤ SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
... Sabar Menyelesaikan Masalah

❤ REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

❤ KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

❤ MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.

❤ "YA ALLAH, BINALAH UNTUKKU SEBUAH RUMAH DI SYURGA DEKAT DENGAN-MU".
(DOA ASIAH....ISTERI FIRAUN).❤

DOA KETIKA JATUH CINTA!

DOA KETIKA JATUH CINTA!


Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat ku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumiMu

Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku

Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amin..(-_-)

Doaku untukmu sahabat

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ ❤•
☀♥•*¨`*•.*► Doaku untukmu, sahabat◄*.•*¨`*• ♥☀
*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆

✿ Ya Allah, 
    Izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga,
✿ Yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia,
   
Harum wanginya dengan ilmu agama,
✿ Cantiknya kerana iman dan taqwa.
✿ Namun keindahan zahirnya disimpan rapi,
✿ Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
✿ Bukan perhatian mata ajnabi,
✿ Yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi.
✿ Wajahnya bukan mengundang dosa,
✿ Timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari 

    noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati,
✿ Yang memudarkan kecantikan diri untuk Engkau calonkan dirinya 

    sebagai bidadari syurgaMu nanti. Amiin."


*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆

Sunday, 19 February 2012

Coretan kehidupan

CoReTan KeHidUpaN
 
Kehidupan bukanlah satu garis lurus,
Bukan jalan yang tiada bersimpang,
Bukan saliran yang tiada bercabang..
Kehidupan itu garisnya bengkang-bengkok,
Penantian di hadapan tak dapat dijenguk,
Tak kuat iman selalu mengamuk,
Lemah jiwa hati remuk..
Kehidupan itu bersimpang-siur dengan jalan,
Setiap satunya ada petunjuk di permulaan,
Buta hati salah pilihan,
Jalan mati tak ikut arahan..
Kehidupan itu lautan luas,
Sentiasa bergelora arus buas,
Pandai berenang takkan lemas,
Takkan sesat bersama kompas..

Keindahan Alam

KeiNdAhaN aLaM
Betapa indahnya alam ini
Laut berombak-ombak
Awan berarak-arak
Udara segar bertiup-tiup

Aku berdiri diatas gunung
Berdiri di bawah langit
Untuk melihat keindahaan alam ini
Keindahan dunia

Aku mempertaruhkan nyawa
Bertahan diri dibawa diatas gunung 
Demi melihat keindahan alam
Keindahan ciptaan tuhan..